Isnin, 20 Mei 2013
MASYARAKAT FEUDALISME
MASYARAKAT FEUDALISME
DEFINISI:
Masyarakat: KUMPULAN MANUSIA YANG HIDUP BERSAMA-BERSAMA DARI SESUATU TEMPAT (NEGARA) DENGAN ATURAN DAN PERGAULAN HIDUP TERTENTU.
SISTEM FEUDAL: SEBUAH KERAJAAN POLITIK TEMPATAN YANG DITADBIR OLEH INDIVIDU TERTENTU DAN BUKAN WAKIL OLEH KERAJAAN PUSAT. KEDUDUKAN SESEORANG INDIVIDU ADALAH MENGIKUT SISTEM KELAS DAN KETURUNAN. HUBUNGAN MASYARAKAT PEMERINTAH DAN DIPERINTAH ADALAH SALING MEMERLUKAN.
KONSEP FEUDALISME TERBENTUK DI EROPAH BARAT SELEPAS KEJATUHAN EMPAYAR CHARLEMAGNE DAN BERLANJUTAN SEHINGGA ABAD KE 14m.
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN SISTEM FEUDAL DI EROPAH
KEPERLUAN MENDAPATKAN PERLINDUNGAN
KEHIDUPAN MASYARAKAT SUKAR KERANA SERANGAN ORANG GASAR MAKA MEREKA AKAN MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA WAKIL RAJA-RAJA ORANG GASAR UNTUK MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN KEHIDUPAN.
SEBAGAI BALASAN,RAKYAT MENYERAHKAN TANAH, DIRI, HASIL DAN MENJADI TENTERA KEPADA TUAN TANAH(LORD)
Pengaruh Rom
Golongan bangsawan Rom mengenakan cukai yang tinggi kepada para petani. Oleh itu ramai petani memberikan tanah kepada magnates(tuan tanah @ lord) dan magnates akan menyatukan tanah menjadi estet. Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup (pajakan precarium) dengan cukai lebih rendah.
Amalan patrocinium menyebabkan petani bekerja untuk golongan bangsawan dan menjadi tentera untuk menjaga keselamatan mereka. Masyarakat ini akhirnya menjadi golongan serf
Pengaruh Jerman
Masyarakat Jerman membawa amalan sistem lord atau vassal yang dipanggil comitatus. Pemerintah ini menyediakan makanan dan senjata kepada masyarakat yang berkhidmat dengannya.
Struktur sistem feudal di Eropah terdiri drp 2 iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Kedudukan - raja ,diikuti count,lord,penguasa gereja,manor, knight dan serf.
Taraf tersedia atau warisan dan taraf capaian melalui penganugerahan.
Jepun – bermula pada zaman Kamakura
Wujud estet-estet persendirian yang dipanggil syo atau syoen. Kuasa pusat telah berpindah kepada tuan-tuan tanah di wilayah-wilayah.
Golongan kelas pahlawan atau buke memberi ketaatsetiaan kepada Kamakura. Buke telah mendominasi jawatan jito dan shugo. Melahirkan shogun dan menguasai daimyo-daimyo yang lain.
Secara keseluruhan struktur masyarakat di kuasai oleh raja, shogun, daimyo dan petani.
Ciri-ciri masyarakat feudal england
Dua golongan – pemimpin – raja, bangsawan/baron, knight
Golongan yang dipimpin – petani /serf
Raja – berkuasa mutlak, rakyat tidak berhak membantah.
Raja bertanggungjawab kepada Tuhan dan kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh tuhan, rakyat perlu memberikan taat setia.
Era pemerintahan Raja Henry VII(1485-1509) berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara
Pada abad ke 16, England mengamalkan sistem monarki terhad iaitu raja tidak boleh mengubah undang-undang yang tercatat dalam Magna carta.
1688, Revolusi Cemerlang berlaku menyebabkan William of Orange dan Mary memerintah England. Pengistiharan Hak telah dibuat oleh golongan parlimen iaitu:
Parlimen mengadakan persidangan dari masa ke semasa
Rakyat mempunyai hak mengadap raja ke muka pengadilan
Individu beragama roman khatolik tidak boleh menjadi raja England
Hanya parlimen boleh mengenakan cukai dan raja tiada kuasa.
Memberi kebebasan kepada puak puritan membina gereja dan menjalankan ibadat dengan bebas.
Ciri-ciri sistem beraja kuasa mutlak dalam masyarakat feudal di england
Raja tidak berkuasa sepenuhnya melakukan semua perkara yang berkaitan soal pemerintahan
Raja dibantu oleh jentera pentadbiran yang dimonopoli oleh golongan bangsawan
Raja berkuasa melantik pentadbir yang bertanggungjawab kepada raja
Raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua tanah dan berhak untuk memajakkan tanah kepada sesiapa yang dipercayainya. (biasanya golongan vassal)
Raja memberi tanah sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Raja mengetuai tentera dalam peperangan.
Raja mendapat pendapatan cukai dari hasil tanah yang diberi
Raja mendapat taat setia rakyat hasil dari pemberian tanah dan perlindungan yang diberi.
MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
-terbahagi kepada dua
-pemerintahan dan golongan yang di perintah
*maharaja
*shogun
*daimyo
*samurai
*petani
*tukang/saudagar
Ciri-ciri sistem pemerintahan shogun jepun
-Selepas tahun 1192,maharaja tidak berkuasa kerana Taira Kiyomori mengalahkan tentera maharaja dan melantik dirinya sebagai perdana menteri. Beliau juga mengahwinkan anak perempuannya dengan maharaja dan melantik anak lelakinya menaiki takhta.
-Taira Kiyomori dikalahkan oleh Minamoto Yoritomo dan mengistiharkan dirinya Shogun atau ketua tentera.
-Kuasa Shogun diteruskan zaman Toyotomi Hideyoshi. Maharaja tiada kebebasan untuk bertindak.
-Suruhanjaya yang terdiri drp 5 orang anggota memerintah ibu kota dan wilayah negeri.
-Five Elders(Go-Tairo) ditubuhkan untuk mengekalkan kedaulatan Hideyoshi
-Junior Advisers dibentuk untuk menyelesaikan sebarang perbezaan yang berlaku antara mereka.
-Daikan dilantik untuk menjadi pemerhati kepada Daimyo
1603-1867, Shogun Tokugawa lebih berkuasa daripada maharaja. Maharaja dianggap simbol perpaduan. Keluarga maharaja tinggal terpencil di Kyoto manakala pusat pentadbiran terletak di Edo.
3 jabatan utama dibentuk membantu pentadbiran Shogun Tokugawa iaitu:
Jabatan Tairo *
Jabatan Roju *
Jabatan Hyojosho *
engawal kuasa daimyo dan kegiatan tuan tanah . Tanah penentang politik akan dirampas dan dibOrdinan Kinchu Kuge Sho-Hatto atau Peraturan bagi Istana dibentuk untuk mengawal kuasa maharaja dan golongan bangsawan. *
Shogun Tokugawa juga meri kepada tentera shogun.
Ciri-ciri golongan daimyo
-Berperanan penting dalam pentadbiran Jepun
-Ketua popular dalam kalangan pahlawan
-Mengharapkan kesetiaan drp kebanyakan keluarga tentera dalam sesebuah daerah
-Dibantu oleh kelas pegawai pentadbir dan pegawai tentera
-Hidup dengan tanah warisan atau gaji yang diberikan kpd mereka
-Berkuasa menakluk beberapa wilayah lain
-Menjadikan petani sebagai tulang belakang ekonomi,bekalan tenaga tentera
-Golongan pedagang menyediakan alat pengangkutan perang
-Daimyo Fudai dan Daimyo Shimpan paling dipercayai Tokugawa. *
-Daimyo Tozama tidak dipercayai dan dikawal ketat oleh Ieyasu (keluarga Tokugawa)
-Tekanan kpd Daimyo Tozama dan Daimyo lain yg mengancam Tokugawa:
A. Memberi tugas membaiki istana
B. Membekalkan buruh dan bahan pembaikan istana dengan bayaran kecil
C. Dalam Ordinan Perumahan Ketenteraan – mrk dikenakan had ke atas saiz istana, tidak dibenarkan ------membaiki istana atau kota tanpa permit, mengawal had kubu istana
D. Perkahwinan dalam keluarga daimyo dan hubungan dgn daimyo lain di kawal rapi
E. Dikenakan kerahan tenaga jika tidak membayar cukai kpd kerajaan pusat
F. Metsuke (polis rahsia) ditubuhkan untuk mengawal kumpulan yg mengancam undang2.
G. Sankin Kotai (kehadiran bergilir) dibentuk untuk menugaskan daimyo menukar tempat kediaman mereka selang setahun di antara Edo dan tanahnya sendiri. Apabila pulang ke tanahnya sendiri, mrk harus meninggalkan isteri dan anak-anak di Edo sbg penjamin
H. Wajib melaksanakan pelbagai upacara dan tugas untuk bakufu di Edo dan apabila pulang, mrk tidak dibenarkan melawat tanah lain tanpa kebenaran bakufu.
Ciri- ciri masyarakat samurai
-Tinggal berhampiran istana
-Menjaga keamanan, kesetiaan dan memelihara kepentingan daimyo
-Tidak dibenarkan terlibat dalam bidang lain dan meminta petani menyerahkan senjata kepada kerajaan.
-Hasil pendapatan daimyo dan samurai diukur mengikut banyak beras yang dimiliki.
-Perubahan ekonomi menyebabkan samurai menjual beras untuk mendapatkan wang tunai atau berhutang dengan saudagar.
-Pada abad ke 18, kemiskinan menyebabkan ada yg terjebak dengan kegiatan keganasan dan penyamunan.
Ciri-ciri masyarakat rakyat biasa
-Petani (nomin) menduduki tempat tertinggi
-Bayar 40-50% drp hasil keluaran sebgai cukai kpd daimyo. Hukuman berat jika tidak bayar cukai.
-Artisan (tukang mahir)- memiliki pengetahuan istimewa dan dihormati kerana hasil pertukangan digunakan oleh daimyo.
-Golongan tukang senjata dan tukang pedang – layanan istimewa, gaji lumayan, rumah baik, dibenarkan memakai sebilah pedang.
-Kelas pedagang (chonin) – dipandang rendah tetapi berkembang apabila ekonomi berasaskan wang berlaku.
-Golongan pedagang berjaya mengumpul harta, mempunyai syarikat persendirian dan menawarkan pinjaman kewangan . Contoh Mitsui,Naraya Mozaemon dan Kinokuniya Bunzaemon
Langgan:
Catatan (Atom)