cop negatif... cop negatif ni macam kalau kita ni orang senang then ade orang lebih susah dari kita, kita akan terus beranggapan dia sentiasa hidup dalam keadaan susah. kenapa masyarakat kita sekarang perlu ada pekara ini dalam hidup mereka? andai kata kau di letakkan ditempat orang susah tu adakah kau akan sentiasa duduk dalam kelompok kesusahan tu? tak bukan? mesti kau berusaha untuk keluar dari kelompok tu..
setiap orang ada cita cita. disebabkan "cop negatif" ni kadang kadang buatkan orang yang di cop tu takut untuk mengejar cita cita.. yela. takut kan pekara yang bakal keluar dari mulut kau tu. contoh, kalau orang yang kau cop tu susah teringin nak membeli subuah motor, kau rase motor tu akan terus menjadi impian yang bila bila masa boleh bertuka jadi angan angan atau dia akan jadikan motor tu sebagai cita cita? orang yang hidup dalam keadaan susah atau sederhana ni psikologi dia lain.. kalau dia nak pasti dia akan usahakan.. jadi tak mustahil la kalau dia mampu memilikinya nanti.. kau jangan ingat kau hidup senang kau je boleh beli apa kau nak. sepatutnya ini jadi motivasi untuk kau sebab orang susah pun boleh kejar cita cita..ni tak.. kau sebok cakap dia membazir la tak tolong orang tua la.. jangan tau cakap je.. kau tau ke macam mana dia usehakan untuk dapatkan sesuatu benda tu.. kau takpe la..cukup bulan dapat gaji. mereka yang kau cop susah ni ni kadang tu tak menentu.. kalau stakat minta duit mak bapak untuk penuhi kehendakkau baik tak payah. kalau kau kerja.. kau tau macam mane susah cari duit, jadi kenapa perlu kau susah/sakit hati bila tengok orang yang kau anggap susah tu ade lebih dari kau.. dia pun berusaha jugak.. ada mintak duit kau? tak? susah senang ni dunia je.. bila bila Allah boleh terbalikkan.. tapi masalah hati macam kau ni? hmm.. tak tau lah.. tengok orang lebih sikit pun tak boleh.. orang lain beruseha keras tau untuk dapatkan sesuatu benda tu..
macam aku.. dulu aku tengok kawan kawan , saudara mara pakai iphone.. aku pun teringin.. aku kerja untuk dapatkan iphone.. tapi tak la membazir sangat.. masa tu gaji aku rm1,500 kira sebulan gaji pun aku dah mampu beli.. tapi aku simpan slow slow.. empat bulan aku menyimpan baru lah aku mampu beli iphone.. bukan aku tak membatu keluarga.. aku bantu. tapi apa yang orang luar tau.. aku bagi mak bapak aku belanja.. mungkin tak banyak tapi cukup la dengan situasi aku yang mahu melanjutkan pelajaran masa tu.. tapi apa yang aku dapat orang kata aku membazir, kenapa tak tolong keluarga aku yang susah.. nak je aku menjwab masa tu "hello ! tiap tiap bulan aku bagi duit dekat mak bapak aku k. kau orang lua ape kau tau? gaji bulan ke dua puan aku cuma ambik 20% je utuk belanja harian dan simpanan, selebihnya semua aku bagi makbapak aku yang baru nak mengembangkan perniagaan masa tu.. dengan adik aku yang perlukan belanja untuk sekolah lagi.. bulan ke 3 aku kerja beberapa kali je aku keluar lunch.. masa aku banyak habis dekat surau menahan lapar. air nasib la bos aku sediakan water cooler.. sebab tu la aku faham orang orang yang kena cop nagetif macam tu.. i feel it..
sesiapa yang perasan dia ade sifat macam ni tolongla berubah.. kau bukan menasihati dia tau tak.. kau menghancurkan semangat dan motivasi diri dia untuk berubah jadi lebih baik.
*entri ni takde kaitan dengan sesiapa..ni tadi tengah online facebook aku rase nak menulis..sape jumpe entri ni jangan persoalkan la kenapa aku tulis benda ni.. kenapa aku tulis benda ni? sebab aku rase nak tulis la..
*entri ni takde kaitan dengan sesiapa..ni tadi tengah online facebook aku rase nak menulis..sape jumpe entri ni jangan persoalkan la kenapa aku tulis benda ni.. kenapa aku tulis benda ni? sebab aku rase nak tulis la..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan